JOM MENEROKA KELEMAHAN PETA MINDA
KEKURANGAN PETA MINDA
Namun tidak diakui bahawa peta minda juga terdapat
kekurangannya,antara kekurangan peta minda ialah :
1 = Sukar untuk difahami
Peta minda yang sering kita lihat iaitu kata kuncinya yang terlalu
ringkas,menggunakan singkatan,bahasa dan perkataan tertentu menyebabkan sukar
untuk kita memahami dan memberikan
penjelasan berkaitan topik tersebut kepada orang lain.Ia menyulitkan kita menentukan kata-kata untuk menghubungkan konsep yang satu dengan
konsp yang lain.Oleh itu,kita memerlukan persediaan yang cukup
dan jitu berkaitan sesuatu tajuk sebelum
kita dapat memahami isi kandungan sebenar peta minda tersebut
2 = Susunan idea yang berselerak
Susun atur peta minda yang tidak rapi menjadikan peta minda kelihatan
tidak seimbang,hodoh,kurang kemas dan tidak indah dipandang.Ia menyukarkan kita
untuk memahami informasi sesuatu perkara dengan baik.Gambar yang tidak sesuai dengan
kata kunci yang dipilih serta tidak dapat menggambarkan tajuk yang dibincangkan
juga merupakan salah satu penyebab peta minda menjadi tidak rapi.
3 = Terlalu banyak cabang
Peta minda haruslah mempunyai
struktur cabang yang jelas dan nyata.Sekiranya terlampau banyak dahan
cabang yang dibentuk terutamanya cabang utama yang akan menyebabkan kekeliruan
berlaku dalam mentafsir peta minda tersebut.Bilangan maksimum bagi cabang utama
adalah enam sahaja.Jika terlalu banyak cabang,ia akan mendatangkan perasaan
yang serabut dan tiada tarikan untuk melihat atau meneliti peta minda tersebut
apatah lagi membacanya.
SUKAR UNTUK MEMAHAMI :
-Menggunakan kata kunci yang sangat ringkas.
-Menggunakan singkatan yang sangat ringkas.
-Menggunakan bahasa yang sangat ringkas.
-Menggunakan perkataan yang sangat ringkas.
-Menggunakan kata kunci yang sangat ringkas.
-Menggunakan singkatan yang sangat ringkas.
-Menggunakan bahasa yang sangat ringkas.
-Menggunakan perkataan yang sangat ringkas.
No comments:
Post a Comment