JOM MENEROKA KELEBIHAN PETA MINDA
KELEBIHAN PETA MINDA
KELEBIHAN PETA MINDA
Sesuatu peta minda mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam
proses pembelajaran.Diantara kelebihan peta minda ialah :
1. Mengaktifkan otak kiri dan otak kanan secara serentak
Peta minda mampu menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan
dan kiri ketika belajar.Para saintis dan cendekiawan sejak dahulu lagi telah
melakukan kajian berkenaan fungsi kedua-dua bahagian hemisfera otak. Secara mudah
dapat difahami bahawa otak kiri terlibat dalam proses memahami maklumat
berkaitan tulisan, susunan penulisan dan hubungan antara maklumat manakala otak
kanan terlibat dalam proses memahami maklumat berkaitan warna,gambar dan reka
bentuk susun atur.Jadi secara sedar atau tidak ketika kita menggunakan peta
minda,kedua-dua otak kanan dan kiri kita bekerjasama dan sama-sama terlibat
secara aktif dalam proses memahami maklumat (mohd nashuha jamidin 1996) .
2. Meningkatkan daya ingatan
Menurut Tony Buzan (2003), dimana beliau menyatakan bahawa manusia
akan mudah mengingati sesuatu yang menarik untuk dipandang dan tulisan
yang ringkas atau gambar yang boleh disimpan di dalam minda manusia. Ini
menunjukkan selain pemahaman terhadap apa yang diulangkaji, proses untuk
mengingat juga haruslah penting untuk pelajar memanggil kembali data yang telah
disimpan tadi. Peta minda dapat menggalakkan pelajar untuk menelaah pelajaran
apabila konsepnya yang mudah untuk diaplikasikan dan senang untuk difahami.Otak
akan lebih mudah menyimpan dan mengingat kembali maklumat-maklumat yang mempunyai
hubung kait yang tersusuan,imej yang jelas,berkelompok dan mempunyai ciri-ciri
yang tersendiri.
3. Memupuk kemahuan belajar
Goodnough dan Long (2002) melihat peta minda sebagai pendekatan
yang menarik dan memberikan motivasi kepada sesuatu pembelajaran agar menjadi
lebih menyeronokkan. Peta minda dapat menarik minat seseorang melalui banyak
pilihan dari segi warna,imej, simbol, kata kunci dan reka bentuk.Menurut Som
dan Mohd Dahalan(1998),alat berfikir
merupakan instrumen yang dapat membantu kita mengggunakan minda dengan lebih
sistematis dan berkesan. Ia dapat menghilangkan perasaan sukar untuk belajar
dan menambahkan lagi keseronokan dalam proses pembelajaran,mengulangkaji dan
mengambil peperiksaan.Impaknya,ia akan memberi keyakinan yang lebih kepada
pelajar terhadap keupayaan mereka untuk mempelajari apa sahaja mata pelajaran
yang diajar.
4. Mendapat gambaran keseluruhan
Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk
sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap.Antara bahan bacaan yang sering
kali dirumuskan adalah seperti buku,novel,cerpen dan puisi.Kajian juga
menunjukkan bahawa peta minda membolehkan kita melihat keseluruhan bab dengan
jelas serta dapat membantu memahami segala fakta yang berkaitan dengan yakin
kerana kita dapat melihat tahap kesukaran dan jumlah informasi yang perlu
dipelajari. Melalui peta minda,otak kita tidak akan terganggu kerana maklumat
yang masuk tidak menjadi ‘berselerak’ seperti dalam pembacaan buku novel atau
buku teks yang mempunyai pelbagai bab dan huraiannya (Tony windura,2011).
5. Menjimatkan masa mengulangkaji
Melalui adanya peta minda yang lebih ringkas,padat,mudah dan penuh
makna yang jelas dan tersirat,ia berupaya menjimatkan masa untuk mengulangkaji
pelajaran dengan pantas.Apabila sesi mengulangkaji,kita tidak perlu lagi nota
yang panjang lebar dengan isi kandungan yang belum pasti memberikan input yang
sangat berguna.Oleh yang demikian, melalui peta minda ia membantu dalam
menjimatkan masa serta memudahkan kita dalam mengulangkaji pelajaran. Menurut
Wahidin, Kamisah dan Subahan (2004), penggunaan peta minda dalam pengajaran mampu
membantu pelajar lebih fokus, boleh membuat interpretasi dan memahami topik
yang dipelajari.Manakala melalui penelitian kajian-kajian lepas yang
dilakukan oleh Cindy et
al.(2006),Henry(2006) serta Ang dan Ong(2007),menunjukkan pelajar yang
mengamalkan penggunaan peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan
memperolehi keputusan yang lebih baik.
Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.
No comments:
Post a Comment